Ahli kongsi gelap

Selasa, 12 November 2013

Selfie entry maybe ?



Bismilahirahmanirahim

Hai para readers *blog aku ada readers ke wei ?
Entry kali ni aku nak tulis tentang aku
yang maybe ramai orang tak tahu dan tak nak ambil tahu pun tapi ada jugak yang tahu .
sesiapa yang rapat dengan aku 
macam isi dengan kuku ibarat aur dengan tebing je yang tau , 
aku ni jenis manusia yang macam mana sebenar benar benar nya .

ni muka habis arrogant dah ni k . hahaha .

16 perkara yang orang mungkin tak tahu , tak ambil tahu , tak mahu tahu tapi aku tetap nak bagi tahu pasal atikahhashim :

1- masa form 1 pernah hantar gambar masuk 
majalah Bintang Kecil dalam ruangan mencari kenalan.
hahahaha .
memang dapat banyak surat sampai aku tak menang tangan nak reply masa tu tapi semua dah lost contact yang still on contact sampai ke hari ini hanya la eiha dan pogiii from Johor . depa ni sibling tau .
 nice to know both of u sangat :)


2- a little bit tempered terutamanya bila terdedah dgn cuaca panas dan rasa kurang selesa pada persekitaran.


3- pernah ada perniagaan sendiri suatu ketika dahulu.
# masa sekolah rendah dulu aku suka berniaga dekat sekolah . jual macam macam tapi produk yang paling mendapat sambutan ialah coklat hantu . aku selalu jual dekat kawan - kawan dalam kelas ja tapi kalau student kelas lain nak beli memang no hal sangat lah kan . memang zaman kegemilangan la masa tu sebab bussiness maju sangat sehingga duit berkepuk kepuk dalam dompet beg dan poket . tapi sayangnya tak bertahan lama sebab bila satu hari tu kantoi dengan cikgu matematik . beliau dapat kesan perniagaan harooommm yang aku jalankan . yang jadi kantoi tu sebab bila dia masuk kelas nak mengajar tengok semua mulut lidah kawan - kawan sekelas aku jadi warna warni sebab makan coklat hantu yg aku jual tu . sejak dari tu terus aku di beri amaran untuk berhenti berniaga coklat hantu serta merta di kawasan sekolah . sedih wei bila bussiness muflis .

 p/s : kelas 456 Cempaka batch 2003/2004/2005 SKMG masihkah kau ingat kejadian memalukan ini ? hahaha .


4- cerewet .
contoh : kalau aku nak beli baju . aku akan jalan jalan pergi survey semua kedai baju area situ . lepas satu jam or dua jam baru aku decide nak beli baju dekat kedai yang mana satu . kadang - kadang aku tak beli langsung pastu terus blah balik rumah macam tu ja sebab semua kedai yang aku survey tak berjaya menambat hati nurani yang maha cerewet ini .


5- suka sangat dengan hiking . lepas penat hiking terus rasa menyesal sebab pergi hiking . bila hilang penat tu terus terasa macam nak pergi hiking banyak banyak kali lagi . hahaha .


6- allergic dengan ais krim tapi aku suka makan ais krim .


7-  selalu malas nak topup kredit handphone sebab rasa macam membazir sangat . kebarangkalian aku topup dalam sebulan hanya lah dua tiga kali sahaja itu pun 5 hinggit .
fyi , aku jarang sangat mesej or calling orang kalau tak ada benda penting nak bagitau .


8- tak suka pakai kasut ada tumit tinggi sebab rasa keberangkalian nak terpelecok tepi jalan tu 80 percent berbanding kasut tapak flat .


9- suka buli adik aku yang bongsu tapi tak suka buli adik aku yang nombor dua sebab kalau aku buli yang nombor dua tu kebarangkalian untuk aku dibuli balik adalah tinggi sangat sangat .


10- baru dua kali dapat birthday gift sepanjang 20 tahun hidup di muka bumi Allah ni . even no present tapi  tetap dapat wishes yg banyak setiap kali birthday dari family and kenalan .
 itu pun dah cukup buat aku terharu sangat sebab ada jugak orang ingat D.O.B aku . hihi .


11- aku tak tau apa makanan kegemaran aku yang sebenar-benarnya sebab semua makanan aku suka makan . titik .


12- aku tak suka chapter yang tersenarai dalam subjek matematik dari darjah tiga sampai tingkatan empat kecuali matematik darjah 1 2 dan tingkatan 5 . 


13- masa sekolah rendah dulu kalau pergi sekolah naik basikal dengan kawan-kawan , aku paling tak suka kalau ada orang cuba potong barisan aku masa tengah kayuh basikal . hahaha . selalunya kami 5 orang pergi sekolah sama-sama . so setiap seorang tu dah ditetapkan ranking masing masing .
orang first , nisa
second , zean
third , aku 
forth , farah
and 
lastly , eija
so sapa sapa yg berani ambil kedudukan aku tu memang kena semburrr terus . selalu eija la yang kena marah teruk dengan aku sebab dia selalu nak ambil kedudukan aku tu . keaadaan tu berterusan dari darjah lima sehingga darjah enam . sekarang , no more . aku tak tau pasaipa la dulu dulu aku macam tu . honestly , tqvm sebab depa ni  masih lagi sudi lagi nak jadi bff aku sampai sekarang walaupun dulu selalu sangat kena semburrrr dgn aku . hahaha .


14- suka tidur dalam kelas . masa form 6 dulu selalu sangat aku terlelap dalam kelas . tambah tambah time sejarah . cerdik sangat ambil buku cover muka buat buat macam tekun membaca padahal zzzzz . 


15- sepanjang 13 tahun aku meniti alam persekolahan , aku tak pernah hafal dan fasih pasal sifir kecuali sifir dua lima sepuluh dan sebelas sahaja .


16- masa sekolah rendah aku suka join group nasyid atau group nyanyi berkumpulan . dan setiap kali tu la aku selalu bercita-cita nak jadi penyanyi utama . last sekali cerita dia aku hanya jadi penyanyi latar belakang yang kalau ada pun tak apa , tak ada pun tak apa .
 hahahaha . 


 tqvm for reading :)


Selasa, 29 Oktober 2013

Pasaipa berat badan susah naik ?


Bismilahirahmanirahim





Tengok tajuk . okay , dah ? 
bagus . hehehe .
Entry kali ni aku nak cerita sikit pasal
 " sebab - sebab kenapa orang underweight susah gila nak naik berat badan "
Aku ni boleh di kategori kan sebagai underweight la jugak kiranya .
Pernah la dulu masa aku pergi medical checkup dekat klinik , nurse tu cakap dekat aku macam ni -

Nurse : Adik mai sini timbang berat 
Aku : * terus la naik atas penimbang berat tu *
Nurse : awat ringan sangat ni ? dekat rumah makan kapas ke ?
Aku : sengih terus * krik krik krik *

Boleh nurse tu kata aku makan kapas dekat rumah ?  cis , dia tak tau yang aku punya la melantak macam tak cukup beras dekat rumah . setiap dua or tiga jam sekali perut mesti akan terasa lapar . bila lapar ja terus aku makan makan makan dan makan . selalunya aku akan ambil makanan berat macam nasi dalam dua kali sehari di tambah pula dengan snek snek , biskut , roti segala mak nenek kau . fast food pun kalau dah ada depan mata jarang jarang sekali aku tak makan sebab selalunya aku mesti makan punyaaa . hahaha .

Walaupun bertapa banyaknya protien lemak karbohidrat zat besi kalsium aku makan dalam sehari tapi tetap susah jugak nak naikkan berat badan . aku pun terasa la curiga . bila dah curiga aku pun tanya la pendapat kawan - kawan pasal hal ni . Mostly mereka akan cakap macam ni la dekat aku :

pendapat 1 : 
" hang kawen nanti , gemuk la tuu . toksah dok risau sangat aih ".
pendapat 2 : 
" hang ni ikut genetik kowt  . family hang kan ramai kecik kecik ".
pendapat 3 : 
" hang ni ada bela saka ka apa ? makan kuat gila tapi dok kecik tara tu jugak ".
pendapat 4 : 
" hang sebelum makan tak baca bismillahirahmanirahim kowt ". 
pendapat 5 : 
" orang pakat nak kurus , hang nak gemuk pasaipa ? ".

see ? biadap tau depa ni . mulut , kalau sehari tak bahan aku tak sah kan . hahaha . lastly semalam aku saja godek godek dekat google pastu aku terjumpa satu article ni yang menyatakan sebab mengapa orang underweight susah nak naik berat badan . 
Antaranya ialah :


a) Tak baca bismilahirahmanirahim atau doa makan
* yang ni aku tambah sendiri *  
- maybe . manusia kan mudah lupa . bila dah terlampau kritikal tahap kebuluran tu , 
benda sesimple baca doa pun terkadang kita boleh terlupa sebab asyik teringat nak penuhkan perut ja .
Kadang - kadang nasi dah tinggal suku pinggan baru la teringat nak baca doa . tu nasib baik ingat . kalau yang tak teringat tu kadang - kadang sampai dah tibai berpinggan - pinggan nasi pun still tak teringat jugak nak baca doa . lapaq sangat gamaknya . haha . bila kita makan tapi tak baca doa , maka syaiton nirajimmm pun tumpang sekaki dua makan dengan kita . segala zat zat nutrien apa terkandung dalam makanan yang kita makan pun semuanya dapat free free dekat syaitonnnnnn la  .
jadi apa yang tinggal dekat kita ? habuk pun tarak .


b) Tak cukup rehat .
- tapi aku rasa faktor ni tak relevan dengan aku sebab aku dah terlebih melampau melampau nau cukup rehatnya .


c) Metabolisma dan sistem pencernaan yang kurang baik
- Setiap orang berbeza - beza tahap metabolisme . 
Ni sumber dari google yang aku copycat . 
Aku nak explain lebih lebih pasai metabolisma ni pun tak reti sangat sebab aku sendiri pun dok tertanya - tanya 
' metabolisma tu menatang apa sebenarnya ? ' 
hahaha

Metabolisma adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).



d) Genetik.
 Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisma melebihi orang yang berbadan “stocky”.

contoh : kalau dalam salasilah keturunan seseorang tu ramai yang memiliki badan kecik kecik cili padi . maka tidak hairan lah apabila genetik tersebut akan turut diwarisi oleh generasi mereka yang seterusnya untuk terus menjadi keturunan yang kecik kecik cili padi 
seperti ahli anggota keluarga mereka yang lain .

wei agak agak hampa paham tak apa yang aku cerita ni ? 



d) Pengambilan makanan yang kurang nutrisi .
- ha yang ni memang amalan aku sejak dari dulu hingga kini .
 contoh makanan yang kurang nutrisi ialah 
fastfoods macam KFC , MCD , PIZZAHUT and bla bla bla . 
fastfood ni kalau dah ada depan mata aku memang cerah la masa depan dia untuk dimakan .
lagi satu aku suka makan coklat cadbury dairymilk blackforest dengan harapan dapatla naik kan berat badan walaupun secoet je . FYI , tak elok sebenarnya makan makanan macam ni sebab kolestrol gula lemak tinggi sangat . tak berkhasiat pulak tu . ish . tapi yang menjadi persoalannya sekarang , pasaipa makanan yang tak berkhasiat ni selalunya memang sedap lazat hingga menjilat jari ?


e) Kurang pengambilan Air kosong.
- yang ini agak relevan . kadang - kadang tu aku sampai boleh terlupa nak minum air . 
seriously minum air pun aku boleh lupa ker ? what the fish . Kalau hampa nak tau ,
air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. 
Minimum kita sebagai manusia kena minum 2-3 Liter sehari k.


f) Kurang bersenam
- dulu aku selalu was was nak bersenam sebab 
automatik akan ter imagine yang macam gini :
" orang yang pergi bersenam ni selalunya sebab depa nak kurus and diet .
jadi aku yang dah kurus ni tak payah la kowt susah susah nak bersenam sangat . tetiba nanti bila dah bersenam jadi lagi terlampau kurus sampai tinggal tulang ja macam mana ? "
hahaha .
apa yang aku imagine tu salah sebenarnya . 
sekarang baru aku faham satu konsep tentang senaman ni . 
' Senaman tu bukan semata - mata untuk jadikan kita kurus tapi untuk jadikan kita lebih sihat '

 Orang yang ingin naikkan berat badan pun haruslah bersenam supaya berat yang  naik nanti adalah berat otot, bukannyer lemak ok . 

tapi aku selalu apa main badminton . ehh ?



lastly , untuk selesaikan masalah ini ramai yang suggest dekat internet suruh minum herbalife . for me quite interesting . testimoni pengguna pun nampak macam kebanyakkannya berjaya and positive ..

untuk tahu lebih info pasal herbalife ni , hampa boleh klik sini ( here ) and contact Cik Amira Adnan sebab dia wellness coach herbalife merangkap exschoolmate form 5 aku dekat smksk dulu . 


Amaran kepada kawan - kawan : 
Lepasni jangan berani berani lagi nak tanya aku pasaipa berat aku jarang naik tapi senang turun k . kalau hampa tanya jugak , siap aku kerjakan ! 
hahaha * evil laugh * 


thank you so much for reading :)


Ahad, 6 Oktober 2013

Bencinta


Bismilahirahmanirahim




Sinopsis penuh Filem Bencinta

“Bencinta" berkisarkan mengenai Fathia (Nora Danish), seorang gadis cantik yang bekerja dengan Liya (Uqasha Senrose) dan Amin (Zalif Sidek) di sebuah kafe milik Jane (Angeline Tan). Mereka bertiga bekerja sebagai chef di sana.

Di kafe tersebut, Fathia telah bertemu dengan Faizal (Farid Kamil) yang pada mulanya seorang pelanggan yang datang di sana. Faizal merupakan seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Perkenalan Faizal dan Fathia di kafe tersebut membuahkan rasa cinta di antara mereka, lalu mereka menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih.

Hubungan mereka seterusnya berakhir di jinjang pelamin. Fasa perkahwinan mereka begitu indah sekali. Faizal sangat menjaga Fathia dengan baik dan Fathia sangat sayangkan Faizal. Hasil ikatan perkahwinan mereka bertambah bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata bernama Tiara.

Namun begitu, langit tak selalunya cerah dalam perhubungan mereka. Faizal yang mulanya berkelakuan baik mula menunjukkan belang. Faizal mula melakukan keganasan terhadap Fathia. Tanpa belas kasihan, Faizal memukul Fathia tanpa alasan kukuh. Dalam diam, Faizal juga menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan curang terhadap Fathia.

Fathia mengambil kesempatan untuk lari dengan anaknya ke suatu tempat persembunyian. Di sana, mereka dibantu oleh Shah (Qi Razali), sahabat baik Fathia dari kecil. Kehadiran Shah dalam hidup Fathia dan Tiara memberikan sinar harapan dalam hidup mereka.







Filem yang aku rasa Sound Effect dia amat menjadi bila tiba babak cemas dan mendebarkan . Bayang kan bila tengok Faizal pukul Fathia dalam movie tu , kena dengan sound effect yang bagus, kita boleh terasa macam kita pulak yang kena pukul . cisss tak guna kau nyah .

Adik Aryana sebagai pelakon cilik menjadi anak kepada pasangan Fathia dan Faizal sweet sangat . Ada babak yang lawak jugak , mostly masa dia sebut nama dia " Nora Danish " . Memang satu panggung ketawa . so hillarious .

Babak Nora Danish sebagai ibu yang sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan anaknya dari ayah yang sangat panas baran memang bikin touching . Aku siap sepak sepak kerusi orang depan plus hentak hentak kaki dalam panggung lagi bila time babak Fathia di kejar kawan Faizal . konon cemas la cerita dia . Fathia yang kena kejar tapi terasa mcm aku pulak yang ada dalam situasi dia . cis over . Rasa macam nak tolong Fathia selamatkan diri pun ada waktu tu . Menghayati plot cerita betul kau ni kan . Rasa suspens terhasil dariapada sound effect dia yang super awesome .

So far for this movie , i give 4.5 star !



p/s : nasib baik jalan cerita best kalau tak rugi duit ceq beli tiket wayang tau . 



Khamis, 1 Ogos 2013

what is this ?




Bismilahirahmanirahim

Kadang - kadang aku tertanya - tanya kenapa susah sangat 
nak lupa hamba Allah yang seorang ni ?
Bukan tak pernah cuba nak buang dia dari ingatan .
Pernah . Terlalu banyak banyak banyak kali .
Dia pun dah ada yang lain .
So , untuk apa lagi aku nak jadi penunggu setia ?
sampai bila ?
semuanya dah berakhir sebelum ianya bermula . 
tak ada apa yang boleh aku kenangkan lagi .
tak ada apa yang boleh aku harapkan lagi .
Nothing . Its nothing .
Tolonglah hati , dengar cakap aku untuk kali ini . 
lupakan dia 
Tolonglah ... 
' dia bukan untuk aku '
Aku pasti tentang itu . amat amat pasti .



" Oh Allah , when i lose my hopes and plans , 
help me remember that your love for me is greater than my disapppointments ,
 and your plans for me are better than my dreams "




Cinta , i hate to hear this word for the rest of my life ...
Its it true ? maybe . ridiculous plus lol .
pfft


Ahad, 28 Julai 2013

Puasa Giveaway .



Bismilahirahmanirahim

For the first time , aku rasa macam nak join contest dalam blog .
Selalunya kalau nampak contest yang dibuat oleh
 blogger - blogger sejagat , aku buat tak tau ja . 
Tak rasa macam nak join pun . 
Sebab dah memang tahu yang aku tak kan ada 
chance nak menang punya lah .
Tapi lepas aku godek - godek entry baru yuyu zulaikha ni , aku rasa macam 
tertarik menarik kau memang deboom nak join giveaway yang dia buat .
Berkobar - kobar nau aku rasa . Pasaipa ntah ?
Hahaha 
Cara nak join pun senang senang kacang goreng je . 
Mudah dan tak memeningkan kepala masyarakat sejagat .
Hadiah giveaway dia boleh tahan menarik iaitu product Biotherm Purefect Skin
untuk 3 orang pembaca blog kupukupukecik yang bertuah .

Giveaway ni just for three days . 
Bermula pada 28 July 2013 until 30 july 2013 .
So , sila cepat - cepat kan diri anda untuk join this giveaway okay . 
Mana tau , kowt ada rezeki boleh menang hadiah dari Biotherm ni kan .
Kulit pun sihat , glowing and berseri - seri  di pagi hari raya nanti . In Sha Allah .
Hehehe

Tak salah kalau mencuba sebab 
tuah ayam nampak di kaki , 
tuah manusia tiada siapa yang tahu kecuali Allah  S.W.T

Ini dia puasa giveaway by yuyu zulaikha yang telah aku printscreen kan .



Untuk maklumat lanjut or nak join giveaway ni , 
sila rujuk blog yuyu zulaikha yang kiut ni as soon as possible .




Tengok ,
 melampau - melampau tau aku ni . 
Tersent comment sampai 3 kali .
Semangat kemain lagiiii kau . 
Macam la kau boleh menang kalau buat macam tu kan . choi sangat .
Sorry ha , i 'ter' ja okay bukan sengaja . sobs T_T

So , what are you waiting for ? jom la join cepat selagi jangka hayat tarikh penyertaan masih ada . 
Good luck dude :)

p/s : Hello , aku buat entry ni bukan sebab nak bodek kak yuyu suruh bagi aku menang
giveaway ni okay . just nak sharing . Benda baik , kenapa tidak aku beritahu pada
manusia sekalian alam kan . harus gitu . 

' sharing is caring '

Thanks for reading .


Rabu, 26 Jun 2013

A thousand years ...






Heart beats fast
Jantung berdetak cepat
Colors and promises
Warna-warni dan janji-janji
How to be brave?
Bagaimana agar menjadi berani?
How can I love when I'm afraid to fall
Bagaimana aku bisa mencinta ketika aku takut jatuh

But watching you stand alone?
Tapi melihatmu sendirian
All of my doubt suddenly goes away somehow
Semua keraguanku hilang entah bagaimana
One step closer
Selangkah lebih dekat


I have died everyday waiting for you
Setiap hari aku telah mati menunggumu
Darling don't be afraid I have loved you
Sayang jangan takut aku telah mencintaimu
For a thousand years
Selama beribu tahun
I'll love you for a thousand more
Aku akan mencintaimu beribu tahun lagi

Time stands still
Waktu berhenti
Beauty in all he is
Segala tentangnya begitu indah
I will be brave
Aku akan berani
I will not let anything take away
Aku takkan melewatkannya begitu saja

What's standing in front of me
Apa yang menghalang di depanku
Every breath
Setiap nafas
Every hour has come to this
Setiap jam telah sampai disini
One step closer
Selangkah lebih dekat


I have died everyday waiting for you
Setiap hari aku telah mati menunggumu
Darling don't be afraid I have loved you
Sayang jangan takut aku telah mencintaimu
For a thousand years
Selama beribu tahun
I'll love you for a thousand more
Aku akan mencintaimu beribu tahun lagi

And all along I believed I would find you
Dan selama itu aku yakin akan menemukanmu
Time has brought your heart to me
Waktu telah membawa hatimu padaku
I have loved you for a thousand years
Aku telah mencintaimu selama ribuan tahun
I'll love you for a thousand more
Aku akan mencintaimu ribuan tahun lagi

One step closer
Selangkah lebih dekat
One step closer
Selangkah lebih dekat


Khamis, 30 Mei 2013

Temuduga



Bismilahirahmanirahim


Hai . Lama tak update blog . Aku bukan malas tapi aku kuranggg rajin sikit nak menaip . Ehemm , acctualy
tak tahu nak cerita pasal apa sebenarnya . No idea orang putih kata . Blank . 
Tapi , memandangkan aku tengok blog aku macam dah ada tanda - tanda nak
 berkulat tompok tompok tahi unta . 
Jadi , aku gagahkan diri yang tak seberapa nak gagah ni untuk mengupdate jugak .

Okay , baru - baru ni aku ada dapat tawaran temuduga Universiti Pendidikan Sultan Idris ,
course pendidikan Bahasa Melayu . Ada la rasa seronok bila nama aku terpilih sebagai calon yang layak di temuduga . Sampai terkinja - kinja agaknya . Bayangkannnn . Hahaha .
Ye la mau tak rasa gembira . Aku memang nak jadi Cikgu sejak dari darjah satu lagi tau .
Dulu , bila cikgu kelas tanya pasal cita - cita . Dalam otak aku hanya ada satu ja cita - cita . 
Budak - budak lain maybe ada dua tiga cita - cita . Tapi aku ni pelik sikit , aku ada satu ja . 
Ya hanya satu . Iaitu seorang Cikgu .

Aku pun tak tau apasal aku minat sangat nak jadi cikgu . Seriously , Aku tak tahu .
Yang aku tau aku memang minat jadi cikgu . Apa - apa pun aku nak jadi cikgu jugak !!!
See , bertapa nekad nya aku . Tu pun kalau panjang umur and ada rezeki aku la .
Kalau tak ada ,  maybe Allah dah tetapkan rezeki yang lebih baik untuk aku .
Siapa tahu kan . Think positive . In Sha ALLAH .

Dua tiga hari sebelum nak pergi temuduga , rasa macam tak senang duduk . Asyik risau ja .
Tambah dengan rasa takut lagi . 
Aku risau tak boleh nak jawab soalan penemuduga tu dengan baik .
How sad .
Sebagai langkah berjaga - jaga , aku buat la persediaan . 
Cari nama menteri , baca surat khabar , tanya member , buka youtube , praktis menyanyi .
Yang praktis menyanyi tu yang tak boleh blah . Hahaha .
Pukul 3 pagi aku bangun on laptop , buka Utube sebab nak praktis menyanyi lagu Ella .
Ella habaq hang . Kahkahkah . 
Nak nyanyi siang - siang takut jadi bahan kutukan adik - adik aku selama sebulan pulak nanti .

 Tapi .. tapi .. tapi aku sedaq diri sebab suara aku macam kanak - kanak sikit , 
so aku pilih lagu Ella yang slow slow motion ja . 
Aku pilih lagu Ella bukan sebab aku ni nak jadi minah 
rokers tapi sebab aku memang dah hafal dah lirik lagu dia sejak dari darjah 4 cempaka lagi . 
Hahaha . Senang sikit la kerja aku kan .
Aku buat sparepart ja . 
Mana tau tiba - tiba penemuduga tu suruh aku menyanyi . 
Tak ke naya .
Dah la suara tak selemak masak lemak cili api , 
tiba - tiba lupa lirik pulak kan .
 Mesti sadis kalau kena bahan dengan penemuduga tu nanti .

Okay , bila tiba hari temuduga . 
Bertolak dari rumah pukul 8.30 pagi sampai Upsi dalam pukul 12.30 tengah hari . 
Aku start temuduga pukul 2 petang so ada banyak masa lagi nak bertendang bertenang and prepare apa yang patut . Pejam celik pejam celik tup tup tiba giliran aku pulak masuk bilik temuduga .

Sebelum masuk ketuk pintu . Buka pintu lepas tu tutup pintu elok - elok .
Jalan ke meja penemuduga . Senyum . Letak fail . Buat ujian warna .
Lepas tu duduk dekat kerusi berhadapan dengan dua orang penemuduga .
Seorang lelaki . Seorang perempuan . Okay , kakak tu cantik gila . 
Sapa yang kata dia tak cantik , orang tu gila . Hihihi . 

Start temuduga . Semua soalan yang dia tanya banyak yang di luar dugaan .

Contohnya :

Penemuduga :  Asal Bagan Serai ?

Aku : Haa , saya asal Bagan Serai , Perak .

Penemuduga : Sebab apa Bagan Serai nama dia Bagan Serai ?

Aku : Sebab dekat Bagan Serai banyak pokok serai * yakin jugak la time ni *


Seriously , aku tak jangka langsung soalan tu yang dia nak tanya . 
Tergamam sekejap . Lepas tu nak tau apa jadi ? Depa bantai gelak dekat aku . Kuat pulak tu gelak . Aku rasa jawapan aku betul dah . 
Maybe tak logik agaknya jawapan aku tu . Ish , entah la .
Tapi betul laaa , aku pernah baca dekat wikipedia pasal asal usul wujudnya nama Bagan Serai tau .
Tak percaya pergi google sekarangggggg . 

Temuduga memang menakutkan walaupun penemuduga aku tu sporting habis .
Soalan pun tak ada la susah sangat tapi disebabkan aku nie selalu nerves tak kira masa maka tergagap - gagap la jugak aku nak menjawabnya . Ok , tak kisah la janji aku jawab semua soalan dia .

Around 10 minit macam tu baru aku keluar bilik temuduga . 
Rasa risau terus menyelebungi diri . Aku ni ada harapan ke tidak temuduga kali ni ? Aku ni ada peluang ka nak masuk U ?
Macam tu laa persoalan yang terlintas di benak aku .
* benak la sangat kan . Skema dah ayat . hahaha .




Hanya mampu tawakal kepada ALLAH .
Ada rezeki Inshaallah :)


p/s : Terima kasih kepada semua yang sudi membantu berkongsi pengalaman , pengetahuan , memberikan dorongan dan sokongan yang tak berbelah bahagi sepanjang rentetan aku nak pergi temuduga hari tu . hahaha . 
* saja buat terok *
Kalau aku tak dapat hampa jangan gelak tau . 

Special thanks to - mak abah adik - adik , sepupuku shafiq salmi , cikgu - cikgu , kak pija , kak nabila filzah , farah nabilah , zean , anis atikah , fariza , eija , hajar , ali , najwa , daoh , maryam , adik zakiah , pakcik drebar kereta sewa dan kawan - kawan yang lain pun sama tau .

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian :D

Khamis, 25 April 2013

Sebenarnya , Saya isteri dia .



Bismilahirahmanirahim 

Tengok tajuk pun confirm hampa dah tahu aku nak tulis apa .
Kan ? Kan ? Kan ?
Guess what , disebabkan aku terlalu obses dengan cerita ni , jadi aku telah berusaha 
sedaya upaya untuk pulang awal dari tempat kerja pada setiap hari Jumaat .
Masa kerja pulak tak menentu . 
Kadang - kadang aku terpaksa la jugak balik lambat sedikit dari kebiasaan . 
Sebabnya , customer ramai , ada meeting then bla bla bla lagi .
Kerja sebagai Digi's promoter pun penat jugak kowt .
Kadang - kadang orang nampak macam kami kerja duduk 
rileks rileks goyang kaki goyang tangan ja .
Padahal diorang tak tau yang kerja as promoter pun banyak 
cabaran dugaan panca roba onak berdurinya sehingga kadang - kadang tu terasa macam nak 
memfiredkan diri sendiri ja . Dont judge a book by its colour okay . 
Kalau nak rasa macam mana yang aku rasa . 
Try la pergi apply kerja as a promoter or kerja yang ada kaitan dengan customer service .
Then , you will feel it . Cash . Hahaha . 
Setiap minggu aku selalu la jugak terlepas nak tengok drama bersiri adaptasi dari novel tu .
Kadang - kadang dapat tengok half  half ja sebab tayangan cerita tu start pukul 9 malam sampai 10 malam . 
Aku pulak , habis waktu bekerja around 9 o'clock or paling lewat pun 10 o'clock .

So , nak tahu macam mana aku settelkan masalah ini supaya aku tak terketinggalan untuk turut
tumpang setempek menyaksikan drama tersebut ?

Begini caranya :

Aku tengok dekat Tonton.com . Tu pun kalau broadband tak overlimit lagi aaa .
Kalau overlimit confirm aku bebai terus tapi tak ada la sampai hentak - hentak kaki .
Paling teruk pun aku buat muka duckface macam ni :(
Yang sadisssnya , broadband aku memang selalu kuota ovelimit .
Asyik loadinggggggggggg saja . 
Nak tunggu maxis upgrade kuota kena tunggu hujung bulan . Lambattttttt der .
* Ehh , Kerja Digi promoter tapi pakai broadband maxis apakah ? 

Last sekali disebabkan aku tak dapat membendung rasa ketaksuban terlampau terhadap cerita tu ,
aku pun pergi la selongkar satu Parit Buntar cari novel tu . Tak jumpa .
Aku cari lagi lagi lagi dan lagi . Tak jumpa jugak ! Banyak yang dah sold out . 
 Ohhhmakguard

Lepastu , aku terus call Anis sebab dia kerja part time dekat kedai yang ada jual novel .
Nampak tak ? Nampak tak ?
Bertapa bersemangat wajanya aku pada masa tu sehingga sanggup menganggu kosentrasinya bekerja . Hahaha . 

...........................

Aku : " Hello Anis , dekat kedai hang ada 
jual novel Sebenarnya , saya isteri dia tak ? "

Anis : " Alaaaa , tak ada la Tikah . Dah habis . Baru ja sold out . Ada orang beli dah haritu "
* dengan nada suara yang sengaja disedihkan *

Aku : " Alaaaaa weyyy , Apasal hang jual pulak dekat orang tu ? "
 * Kecewa *

Anis : " Mana la aku tau hang nak beli . Dulu masa ada banyak hang tak mau pun beli . Gataiiiii . Hahahaha "
* Sempat lagi tu dia smash aku . Kohasamm sungguh budak ni . Haha *

Aku : * krik krikk krikk -.- 

...............................

Disebabkan , dekat kedai Anis tak ada jugak .
So ,
 Aku ambil keputusan drastik nak pergi cari jugak kalau boleh sampai dapat . 
Siap paksa kawan - kawan suruh ikut teman aku pergi cari novel tu . Satu PB kami round .
Semua kedai buku kami terjah .
See , bertapa tekadnya aku hari tu . Hahaha .
Last sekali , tak jumpa jugak . Semua sold out jugak habaq hang !

Dah semua kedai sold out . Esoknya , 
Aku suruh junior tempat kerja aku order online la terus .
Mahal la jugak kosnya sebab termasuk dengan harga penghantaran sekali .

Novel tu ( RM 30 ) + Kos penghantaran ( RM 5 )
TOTAL COST = RM 35 

Around 5 days macam tu kowt aku tunggu . 
Then , baru sampai novel yang di order tu . 
Terus terkinja - kinja keseronokan terlampau . Haha .
Excited nak mampusss
Novel tu yang tebal macam kamus dewan bermuka surat 897 tu aku mampu habiskan 
dalam masa dua hari setengah ja . 
Padahal kalau suruh aku baca buku teks sekolah yang bermuka surat
100 lebih tu , setahun pun belum tentu aku habis khatam .
Teruk sungguh perangai . 

Yang penting ,
aku dah tau ending cerita tu macam mana .
 Kalau termiss tengok TV pun tak apa dah kowt rasanya .
Hahaha .

Watchaaa this ...



Promote :
VERSION ADAPTASI DARI NOVEL ke kaca TV 



Dibintangi oleh :




Tiz Zaqiah Razak as  Syafa Aqira 
Izzue Islam as Firash arshad @ Acad @ Chad

Seriously , cerita dia best . 
Tak rugi beli novel tu mahal - mahal . 
Sanggup i pergi cucuk duit dekat ATM malam - malam tau . 
Nasib laa ending cerita dia tak buat i rasa menyesal dua tiga hari .

Cerita dekat TV pulak baru 4 episode . 
Tak sabaw benar nak tunggu episode yang ke 5 esok malam . 
Hikhik * Mengadaaa *

Got to go . Thanks reading . Bye . 
 Enjoy watchingggg ya ibu ibu bapak bapak sekalian . 

P/s : Novel ini sesuai untuk orang yang kuat verangan macam aku dan rasanya tak sesuai  untuk kanak - kanak yang berumur 17 tahun kebawah .