Ahli kongsi gelap

Selasa, 29 Oktober 2013

Pasaipa berat badan susah naik ?


Bismilahirahmanirahim





Tengok tajuk . okay , dah ? 
bagus . hehehe .
Entry kali ni aku nak cerita sikit pasal
 " sebab - sebab kenapa orang underweight susah gila nak naik berat badan "
Aku ni boleh di kategori kan sebagai underweight la jugak kiranya .
Pernah la dulu masa aku pergi medical checkup dekat klinik , nurse tu cakap dekat aku macam ni -

Nurse : Adik mai sini timbang berat 
Aku : * terus la naik atas penimbang berat tu *
Nurse : awat ringan sangat ni ? dekat rumah makan kapas ke ?
Aku : sengih terus * krik krik krik *

Boleh nurse tu kata aku makan kapas dekat rumah ?  cis , dia tak tau yang aku punya la melantak macam tak cukup beras dekat rumah . setiap dua or tiga jam sekali perut mesti akan terasa lapar . bila lapar ja terus aku makan makan makan dan makan . selalunya aku akan ambil makanan berat macam nasi dalam dua kali sehari di tambah pula dengan snek snek , biskut , roti segala mak nenek kau . fast food pun kalau dah ada depan mata jarang jarang sekali aku tak makan sebab selalunya aku mesti makan punyaaa . hahaha .

Walaupun bertapa banyaknya protien lemak karbohidrat zat besi kalsium aku makan dalam sehari tapi tetap susah jugak nak naikkan berat badan . aku pun terasa la curiga . bila dah curiga aku pun tanya la pendapat kawan - kawan pasal hal ni . Mostly mereka akan cakap macam ni la dekat aku :

pendapat 1 : 
" hang kawen nanti , gemuk la tuu . toksah dok risau sangat aih ".
pendapat 2 : 
" hang ni ikut genetik kowt  . family hang kan ramai kecik kecik ".
pendapat 3 : 
" hang ni ada bela saka ka apa ? makan kuat gila tapi dok kecik tara tu jugak ".
pendapat 4 : 
" hang sebelum makan tak baca bismillahirahmanirahim kowt ". 
pendapat 5 : 
" orang pakat nak kurus , hang nak gemuk pasaipa ? ".

see ? biadap tau depa ni . mulut , kalau sehari tak bahan aku tak sah kan . hahaha . lastly semalam aku saja godek godek dekat google pastu aku terjumpa satu article ni yang menyatakan sebab mengapa orang underweight susah nak naik berat badan . 
Antaranya ialah :


a) Tak baca bismilahirahmanirahim atau doa makan
* yang ni aku tambah sendiri *  
- maybe . manusia kan mudah lupa . bila dah terlampau kritikal tahap kebuluran tu , 
benda sesimple baca doa pun terkadang kita boleh terlupa sebab asyik teringat nak penuhkan perut ja .
Kadang - kadang nasi dah tinggal suku pinggan baru la teringat nak baca doa . tu nasib baik ingat . kalau yang tak teringat tu kadang - kadang sampai dah tibai berpinggan - pinggan nasi pun still tak teringat jugak nak baca doa . lapaq sangat gamaknya . haha . bila kita makan tapi tak baca doa , maka syaiton nirajimmm pun tumpang sekaki dua makan dengan kita . segala zat zat nutrien apa terkandung dalam makanan yang kita makan pun semuanya dapat free free dekat syaitonnnnnn la  .
jadi apa yang tinggal dekat kita ? habuk pun tarak .


b) Tak cukup rehat .
- tapi aku rasa faktor ni tak relevan dengan aku sebab aku dah terlebih melampau melampau nau cukup rehatnya .


c) Metabolisma dan sistem pencernaan yang kurang baik
- Setiap orang berbeza - beza tahap metabolisme . 
Ni sumber dari google yang aku copycat . 
Aku nak explain lebih lebih pasai metabolisma ni pun tak reti sangat sebab aku sendiri pun dok tertanya - tanya 
' metabolisma tu menatang apa sebenarnya ? ' 
hahaha

Metabolisma adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).



d) Genetik.
 Setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza (mesomorph, ectomorph, endomorph). Orang yang tinggi langsing (seperti pemain basketball) biasanya mempunyai metabolisma melebihi orang yang berbadan “stocky”.

contoh : kalau dalam salasilah keturunan seseorang tu ramai yang memiliki badan kecik kecik cili padi . maka tidak hairan lah apabila genetik tersebut akan turut diwarisi oleh generasi mereka yang seterusnya untuk terus menjadi keturunan yang kecik kecik cili padi 
seperti ahli anggota keluarga mereka yang lain .

wei agak agak hampa paham tak apa yang aku cerita ni ? 



d) Pengambilan makanan yang kurang nutrisi .
- ha yang ni memang amalan aku sejak dari dulu hingga kini .
 contoh makanan yang kurang nutrisi ialah 
fastfoods macam KFC , MCD , PIZZAHUT and bla bla bla . 
fastfood ni kalau dah ada depan mata aku memang cerah la masa depan dia untuk dimakan .
lagi satu aku suka makan coklat cadbury dairymilk blackforest dengan harapan dapatla naik kan berat badan walaupun secoet je . FYI , tak elok sebenarnya makan makanan macam ni sebab kolestrol gula lemak tinggi sangat . tak berkhasiat pulak tu . ish . tapi yang menjadi persoalannya sekarang , pasaipa makanan yang tak berkhasiat ni selalunya memang sedap lazat hingga menjilat jari ?


e) Kurang pengambilan Air kosong.
- yang ini agak relevan . kadang - kadang tu aku sampai boleh terlupa nak minum air . 
seriously minum air pun aku boleh lupa ker ? what the fish . Kalau hampa nak tau ,
air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. 
Minimum kita sebagai manusia kena minum 2-3 Liter sehari k.


f) Kurang bersenam
- dulu aku selalu was was nak bersenam sebab 
automatik akan ter imagine yang macam gini :
" orang yang pergi bersenam ni selalunya sebab depa nak kurus and diet .
jadi aku yang dah kurus ni tak payah la kowt susah susah nak bersenam sangat . tetiba nanti bila dah bersenam jadi lagi terlampau kurus sampai tinggal tulang ja macam mana ? "
hahaha .
apa yang aku imagine tu salah sebenarnya . 
sekarang baru aku faham satu konsep tentang senaman ni . 
' Senaman tu bukan semata - mata untuk jadikan kita kurus tapi untuk jadikan kita lebih sihat '

 Orang yang ingin naikkan berat badan pun haruslah bersenam supaya berat yang  naik nanti adalah berat otot, bukannyer lemak ok . 

tapi aku selalu apa main badminton . ehh ?



lastly , untuk selesaikan masalah ini ramai yang suggest dekat internet suruh minum herbalife . for me quite interesting . testimoni pengguna pun nampak macam kebanyakkannya berjaya and positive ..

untuk tahu lebih info pasal herbalife ni , hampa boleh klik sini ( here ) and contact Cik Amira Adnan sebab dia wellness coach herbalife merangkap exschoolmate form 5 aku dekat smksk dulu . 


Amaran kepada kawan - kawan : 
Lepasni jangan berani berani lagi nak tanya aku pasaipa berat aku jarang naik tapi senang turun k . kalau hampa tanya jugak , siap aku kerjakan ! 
hahaha * evil laugh * 


thank you so much for reading :)


Ahad, 6 Oktober 2013

Bencinta


Bismilahirahmanirahim




Sinopsis penuh Filem Bencinta

“Bencinta" berkisarkan mengenai Fathia (Nora Danish), seorang gadis cantik yang bekerja dengan Liya (Uqasha Senrose) dan Amin (Zalif Sidek) di sebuah kafe milik Jane (Angeline Tan). Mereka bertiga bekerja sebagai chef di sana.

Di kafe tersebut, Fathia telah bertemu dengan Faizal (Farid Kamil) yang pada mulanya seorang pelanggan yang datang di sana. Faizal merupakan seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Perkenalan Faizal dan Fathia di kafe tersebut membuahkan rasa cinta di antara mereka, lalu mereka menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih.

Hubungan mereka seterusnya berakhir di jinjang pelamin. Fasa perkahwinan mereka begitu indah sekali. Faizal sangat menjaga Fathia dengan baik dan Fathia sangat sayangkan Faizal. Hasil ikatan perkahwinan mereka bertambah bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata bernama Tiara.

Namun begitu, langit tak selalunya cerah dalam perhubungan mereka. Faizal yang mulanya berkelakuan baik mula menunjukkan belang. Faizal mula melakukan keganasan terhadap Fathia. Tanpa belas kasihan, Faizal memukul Fathia tanpa alasan kukuh. Dalam diam, Faizal juga menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan curang terhadap Fathia.

Fathia mengambil kesempatan untuk lari dengan anaknya ke suatu tempat persembunyian. Di sana, mereka dibantu oleh Shah (Qi Razali), sahabat baik Fathia dari kecil. Kehadiran Shah dalam hidup Fathia dan Tiara memberikan sinar harapan dalam hidup mereka.







Filem yang aku rasa Sound Effect dia amat menjadi bila tiba babak cemas dan mendebarkan . Bayang kan bila tengok Faizal pukul Fathia dalam movie tu , kena dengan sound effect yang bagus, kita boleh terasa macam kita pulak yang kena pukul . cisss tak guna kau nyah .

Adik Aryana sebagai pelakon cilik menjadi anak kepada pasangan Fathia dan Faizal sweet sangat . Ada babak yang lawak jugak , mostly masa dia sebut nama dia " Nora Danish " . Memang satu panggung ketawa . so hillarious .

Babak Nora Danish sebagai ibu yang sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan anaknya dari ayah yang sangat panas baran memang bikin touching . Aku siap sepak sepak kerusi orang depan plus hentak hentak kaki dalam panggung lagi bila time babak Fathia di kejar kawan Faizal . konon cemas la cerita dia . Fathia yang kena kejar tapi terasa mcm aku pulak yang ada dalam situasi dia . cis over . Rasa macam nak tolong Fathia selamatkan diri pun ada waktu tu . Menghayati plot cerita betul kau ni kan . Rasa suspens terhasil dariapada sound effect dia yang super awesome .

So far for this movie , i give 4.5 star !



p/s : nasib baik jalan cerita best kalau tak rugi duit ceq beli tiket wayang tau .