Ahli kongsi gelap

Selasa, 12 November 2013

Selfie entry maybe ?



Bismilahirahmanirahim

Hai para readers *blog aku ada readers ke wei ?
Entry kali ni aku nak tulis tentang aku
yang maybe ramai orang tak tahu dan tak nak ambil tahu pun tapi ada jugak yang tahu .
sesiapa yang rapat dengan aku 
macam isi dengan kuku ibarat aur dengan tebing je yang tau , 
aku ni jenis manusia yang macam mana sebenar benar benar nya .

ni muka habis arrogant dah ni k . hahaha .

16 perkara yang orang mungkin tak tahu , tak ambil tahu , tak mahu tahu tapi aku tetap nak bagi tahu pasal atikahhashim :

1- masa form 1 pernah hantar gambar masuk 
majalah Bintang Kecil dalam ruangan mencari kenalan.
hahahaha .
memang dapat banyak surat sampai aku tak menang tangan nak reply masa tu tapi semua dah lost contact yang still on contact sampai ke hari ini hanya la eiha dan pogiii from Johor . depa ni sibling tau .
 nice to know both of u sangat :)


2- a little bit tempered terutamanya bila terdedah dgn cuaca panas dan rasa kurang selesa pada persekitaran.


3- pernah ada perniagaan sendiri suatu ketika dahulu.
# masa sekolah rendah dulu aku suka berniaga dekat sekolah . jual macam macam tapi produk yang paling mendapat sambutan ialah coklat hantu . aku selalu jual dekat kawan - kawan dalam kelas ja tapi kalau student kelas lain nak beli memang no hal sangat lah kan . memang zaman kegemilangan la masa tu sebab bussiness maju sangat sehingga duit berkepuk kepuk dalam dompet beg dan poket . tapi sayangnya tak bertahan lama sebab bila satu hari tu kantoi dengan cikgu matematik . beliau dapat kesan perniagaan harooommm yang aku jalankan . yang jadi kantoi tu sebab bila dia masuk kelas nak mengajar tengok semua mulut lidah kawan - kawan sekelas aku jadi warna warni sebab makan coklat hantu yg aku jual tu . sejak dari tu terus aku di beri amaran untuk berhenti berniaga coklat hantu serta merta di kawasan sekolah . sedih wei bila bussiness muflis .

 p/s : kelas 456 Cempaka batch 2003/2004/2005 SKMG masihkah kau ingat kejadian memalukan ini ? hahaha .


4- cerewet .
contoh : kalau aku nak beli baju . aku akan jalan jalan pergi survey semua kedai baju area situ . lepas satu jam or dua jam baru aku decide nak beli baju dekat kedai yang mana satu . kadang - kadang aku tak beli langsung pastu terus blah balik rumah macam tu ja sebab semua kedai yang aku survey tak berjaya menambat hati nurani yang maha cerewet ini .


5- suka sangat dengan hiking . lepas penat hiking terus rasa menyesal sebab pergi hiking . bila hilang penat tu terus terasa macam nak pergi hiking banyak banyak kali lagi . hahaha .


6- allergic dengan ais krim tapi aku suka makan ais krim .


7-  selalu malas nak topup kredit handphone sebab rasa macam membazir sangat . kebarangkalian aku topup dalam sebulan hanya lah dua tiga kali sahaja itu pun 5 hinggit .
fyi , aku jarang sangat mesej or calling orang kalau tak ada benda penting nak bagitau .


8- tak suka pakai kasut ada tumit tinggi sebab rasa keberangkalian nak terpelecok tepi jalan tu 80 percent berbanding kasut tapak flat .


9- suka buli adik aku yang bongsu tapi tak suka buli adik aku yang nombor dua sebab kalau aku buli yang nombor dua tu kebarangkalian untuk aku dibuli balik adalah tinggi sangat sangat .


10- baru dua kali dapat birthday gift sepanjang 20 tahun hidup di muka bumi Allah ni . even no present tapi  tetap dapat wishes yg banyak setiap kali birthday dari family and kenalan .
 itu pun dah cukup buat aku terharu sangat sebab ada jugak orang ingat D.O.B aku . hihi .


11- aku tak tau apa makanan kegemaran aku yang sebenar-benarnya sebab semua makanan aku suka makan . titik .


12- aku tak suka chapter yang tersenarai dalam subjek matematik dari darjah tiga sampai tingkatan empat kecuali matematik darjah 1 2 dan tingkatan 5 . 


13- masa sekolah rendah dulu kalau pergi sekolah naik basikal dengan kawan-kawan , aku paling tak suka kalau ada orang cuba potong barisan aku masa tengah kayuh basikal . hahaha . selalunya kami 5 orang pergi sekolah sama-sama . so setiap seorang tu dah ditetapkan ranking masing masing .
orang first , nisa
second , zean
third , aku 
forth , farah
and 
lastly , eija
so sapa sapa yg berani ambil kedudukan aku tu memang kena semburrr terus . selalu eija la yang kena marah teruk dengan aku sebab dia selalu nak ambil kedudukan aku tu . keaadaan tu berterusan dari darjah lima sehingga darjah enam . sekarang , no more . aku tak tau pasaipa la dulu dulu aku macam tu . honestly , tqvm sebab depa ni  masih lagi sudi lagi nak jadi bff aku sampai sekarang walaupun dulu selalu sangat kena semburrrr dgn aku . hahaha .


14- suka tidur dalam kelas . masa form 6 dulu selalu sangat aku terlelap dalam kelas . tambah tambah time sejarah . cerdik sangat ambil buku cover muka buat buat macam tekun membaca padahal zzzzz . 


15- sepanjang 13 tahun aku meniti alam persekolahan , aku tak pernah hafal dan fasih pasal sifir kecuali sifir dua lima sepuluh dan sebelas sahaja .


16- masa sekolah rendah aku suka join group nasyid atau group nyanyi berkumpulan . dan setiap kali tu la aku selalu bercita-cita nak jadi penyanyi utama . last sekali cerita dia aku hanya jadi penyanyi latar belakang yang kalau ada pun tak apa , tak ada pun tak apa .
 hahahaha . 


 tqvm for reading :)