Ahli kongsi gelap

Selasa, 6 Disember 2011

10 amalan yg boleh merosakan otak




1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Ahad, 4 Disember 2011

i miss this moment so much..

Assalamualaikum..

tyka nx story pasal classmate tyka  masa form 5 dlu..tetiba rindu plak at depa!
nie classmate tyka msa dkat SEK.MEN.KEB SRI KURAU dlu..
ha jap..jap..jap..jap..sebelum 2,try korang hayati ayat nie dlu ea!

"Hanya zaman persekolahan shaja yg mngajar kte  erti persahabatan dan remaja,
dan bila zaman itu berlalu nescaya ia x akan kembali lagi..masa ini jua kita akan membawa
haluan masing2,mungkin sukar utk kita semua bersatu kembali dalam 1 tempat sekecil bilik darjah
,belajar,bergurau,ke kantin bersama-sama..terbukti zaman persekolahan adalah zaman remaja yg
sukar utk kte lupakan..mungkin 1 satu hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman
pelajar yg sngat indah..."

ha skrg nie,apa yg ayt dkt atas 2 ckp mmg suma btol!(kalu korang kata x btol,e2 korang punya pasal or mybe sbb korang rsa zaman persekolahan korang ialah satu 'nightmare')..
i miss my friends , my teachers , my old class , my old school sooo muuuccchhhh! o__0''
skrg nie kwn2 tyka masing2 da bwa haluan masing2..ada yg da keja,ada yg da smbung blajar..
ad yg on the way nx sambung blajar n mcm2 ag la..
harap masing2 bahagia dengan khidupan yg dpa tgh lalui skrg nie..
tp tme msa form 5,mmg besstt la coz ada classmate yg happening sgt2!
kalu g skola x pernahnya bosan sebab ary2 keja kmi gelak ja..
dlm kelas kmi nie ada mcm2 krakter
(cthnya : ada yg suka 'buang angin' dlm klas..haha..x senonoh btol! , ada yg suka nyanyi , gosip.....)
n ada jgk pngilan2 "terhormat"(terhormat la sgttt..hik3..)
(cthnya : sapy , jerott , kembung , MR n MRS 'S' , kicap , kato0t , kwashiokor , MJ [michael jackson@makwe jamil] n mcm2 lgi la)  pelikssss giler depa nie tau! ..hahahahaha.. : D
lawak pon ada bila ingat balik moment nieyh!!hahaha...
secara x langsung,dgn cara nie keakraban kmi semakin utuh ye..
cikgu2 yg ajar klas kmi pon da smpai xtau nx kata ap,rasanya ada yg smpai PENING kowttt ??hahaha..
klas kmi nie da dpat anugerah "KLAS YG PALING HAPPENING" (anugerah nie kapten klas yg bgi!haha..MR.JAMIL..sori,aq pjm nma unx jap ye!) haha..
oke..oke..klas kmi nie jgk mngunakan prinsip "BELAJAR SAMBIL BERMAIN"..
tau x sebab ap tyka ckp mcm nie???sebab nya kmi suma,klu tme blajar pon boley lgi dok maen2,
dok mngusik-mngusik..
sampai 1 tahap, cikgu pon da x tahan,akhirnya kna "kaunseling percuma"..
(sori ye ckgu,kmi janji x akn buat lagi!)..
kalau nx flashback balik mmg byk sgt kngn tme form 5 dlu..
kdg2 terasa rindu n rasa mcm nx je msok form 5 blek..
tp kte kna ingat yg "MASA X AKAN BERPUTAR KEMBALI"..
jadi khidupan msti diteruskan sama ada kte suka atau x suka oke!
ha oke,skrg nie x jom tgok gmbar2 classmate tyka msa form 5c2[2010]..
let's check this ouutt!! ^_^


ha nie la classmate tyka tme form 5[2010]..tp ada
jugak yg xda dlm gmbar nie..xtau depa g mna..oke..
hai mai gmbar at ats nieyh!
tgok ja muka depa nie ganas+brutal tp sebenarnya
dalam hati ada taman!hahaha.. ^^
depa nie sempoi n happening abis walaupun suka
sgaattt mlawak kasar!ekeke..

ha nie classmate tyka jgk..
kmi budax aliran kesusasteraan melayu!
taken time jamuan msa form 4[2009]
 
ha nie la budax lelaki classmate tyka!
semua ad 9 org tp lgi 3 org xtau g mna time nie..hihihi..
ha oke..depa nie sempoi jgk..suka
menceriakan serta memporak-perandakan klas..
sporting abisss..haha..tgok gmbar at ats nie..adegan
suap-menyuap kek!nx mngeratkan silaturahim la ktakan..

ha..yg gmbar comey2 nie plak..sumanya
jelitawan2 5c2[2010]..
ramai ag classmate tyka yg pompuan
tp suma mnyorok x mao tngkap gmbar..
tngl yg nie aje!hehe..
hahaha..miss2 suma nie sporting abis..
seronok kwan dgn depa!happy ja memanjang..
hahaha...smile!

ha gmbar nie plak tme jamuan akhir tahun jgk..
princess duduk at tgah2 tu cikgu geografi kami..
msa at klas kmi pngil cikgu nie "mak"..
bak kata budak2 lelaki klas tyka "lbey sweet gitu!"
hahaha.. 

ha yg klas tepi koridor nie la..
klas kmi tme form 5 dlu!
gambar nie diamek masa lepas rehat kot rsanya..
urmm..x ingat la plak..hehe..
ha yg dok berbaris nx msok klas 2,
suma classmate tyka! ^^

ha oke2..da abis pon gmbar..gambar2 nie sbnrnya tyka culik at fb member2 klas tyka!
[sori kasma,farah,jamil,salwa coz aq yg culik gmbar2 nie at fb unxpa n x bgtau dlu]
hehehehehe...
....................................................................................................................................................
sekarang mai baca seloka klas kmi msa form 5c2(2010) plak..
seloka nie kmi satu klas yg cipta
tp yg paling bnyk bg sumbangan idea ialah cik kasmaliana n cik adira..hehe..unxpa ingat x??
al maklum lah,kitekan budak sastera..bab2 seloka nie mmg dlm 'bidang' lah...hahaha..
(buat promotion plak!he2..)
seloka nie still selamat ada at aq,aq simpan siap buat frame ag tau!haha..
oke let's see.....

ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA,
BUAT PEMBACA DILUAR SANA,
NI SELOKA 5C2 YG PUNYA,
TAKDA NIAT PON NAK MNGATA.
9 PUTERA 14 PUTERI,
BILA "BERGOSIP" BISING SEKALI,
PENAT CIKGU TEGUR HARI-HARI,
SEBAB KAMI "HAPPY GO LUCKY".

BERKACA MATA SEGAK BERGAYA,
SERIUS SAHAJA BERGURAU KADANG KALA,
MRS. CHUA SIEW YONG GURU KELAS KITA,
BILA MARAH HABIS LA SEMUA.

PONTENG SEKOLAH MNJD HOBI,
HOMEWORK X SIAP ASYIK NAK 'COPY',
MOHD JAMIL EMPUNYA DIRI,
ITULAH DIA MONITOR KLAS KAMI.

ORANGNYA KECIL TAPI BERANI,
ATIKAH HASHIM ASSISTANT MONITOR KAMI,
KESANA KEMARI TAK HENTI-HENTI,
OIT DA LA TU TAK PENAT KA KAKI?

COLLECT DUIT JADI TUGASNYA,
SETIAP MINGGU BISINGLA DIA,
KASMALIANA CETI KLAS KITA,
APA TUNGGU LAGI BAYAR LA DUIT DKT DIA!

FARAH NABILAH COMEL ORANGNYA,
SELALU DIUSIK KAMI SEMUA,
BINI JAMIL PANGKAT DITERIMA,
APA LAGI MARAH LA DIA!

RATU BISING DIBERI GELARAN,
NURUL ADIRA AJK KECERIAAN,
PERANGAI PELIK JANGANLAH HAIRAN,
SEBAB DIA NIE PANAS BARAN! 

SYAFIQ RAHIM NAMA DALAM IC,
GELARAN 'SAPY' KAMI YG KASI,
HARAP JANGANLAH BERKECIL HATI,
CUKUP TAHUN KAMI SAYS 'SORRY'!

DATANG SEKOLAH ASYIK NAK DATING,
TAKDA 'PORT' LEPAK TEPI DINDING,
MOHD.HAZMEER SI MULUT BISING,
BAIK DIAM SEBELUM KAMI MELENTING!

FATIN FARHAN NAMA DIBERI,
LELAKI OR PEREMPUAN PIKIR LA SENDIRI,
LOYAR BURUK BAKAT DARI ILAHI,
SAKIT PERUT KAMI GELAK HARI-HARI.

PENGAWAS PSS JAWATAN DISANDANG,
SUARA MANJA CAIR SEMUA ORG,
AIDA HASSAN PAYAH NX CURANG,
SETIA DKT 'CIK ABANG' SORANG.

SIMPANG 3 MMG 'CORNER' DIA,
DATANG SEKOLAH TAK RAJIN JUGA,
AINI ZULKIFLI TUAN PUNYA CERITA,
HANG DOK RUMAH BUAT APA??

ORGNYA TEGAP SENTIASA BERGAYA,
WALAUPUN MARAH TETAP 'COOL SAJA,
ROSDI JAAFAR ITULAH ORGNYA,
SELALU DIAM CONTROL 'MACHO' KA?

DALAM KELAS ASYIK BERTANYA,
SAKIT PERUT SELALU JUGA,
MELALAK DLM KELAS MMG KEJA DIA,
MOHD.ERFAN EMPUNYA CERITA.

BERMATA 4 LEMBUT ORANGNYA,
JANNATUL DAYANA SAHABAT KITA,
BCA NOVEL MNJADI PERKARA UTAMA,
KALAU X PERCAYA TNYALA DIA.

HAMIRUL AZWAN NAMA DIBERI,
BERKACA MATA 'SMART' SKALI,
GELARAN 'ABG CHIK' SUDAH SEBATI,
BILA KETAWA BERGONCANG BUMI!

KINI GILIRAN SITI SALWA,
'MAMA S' PANGGILAN MANJA,
ADA MAMA,PAPA PUN ADA,
KALAU TEROR TEKA LA SAPA?

AIN FARAHIN BOLEH TAHAN JUGA,
LELAKI KOREA JADI PUJAANNYA,
DALAM KELAS JRG BERTANYA,
HANG PASAI AP? MALU KA?

ORANGNYA KURUS BERHIDUNG MANCUNG,
KADANG BAIK KADANG SOMBONG,
HIDAYAH SAAD SINGKATNYA TUDUNG,
TAK TAKUT KA KENA PAKAI TELEKUNG?

BARU TAHUN LEPAS PINDAH SEKOLAH NI,
TP BELAGAK MCM SEKOLAH SENDIRI,
'USHA' AWEK HOBI SI FITRI,
BILA CIKGU TANYA SEMUA X RETI.

ORANGNYA MANIS BERBADAN 'CHUBBY',
LESUNG PIPIT KANAN DAN KIRI,
SYAHIDA HAMAM TUAN PUNYA DIRI,
NAK TOPUP DIA BOLEY ISI.

ORANGNYA ALIM MENGALAHKAN USTAZ,
PAKAI SONGKOK MNJADI ADAT,
NIZAM SUKA BUAT MUKA 'KETAT',
BUKAN APA TAKUT ORG MELUAT.

IZZATI YAHAYA BAIK ORGNYA,
DLM KELAS SENYAP SHJA,
BILA TAK FAHAM BARU DENGAR SUARA,
TAK APA LA JANJI HANG BAHAGIA.

ORANGNYA KECIL TAPI BERISI,
MUKA SOMBONG TAPI BAIK HATI,
SYAKILA OTHMAN TUAN PUNYA DIRI,
SEKALI SENYUM MEMIKAT HATI!

TUDUNG LABUH TUTUP AURAT,
LEMAH-LEMBUT LELAKI TERPIKAT,
SAHIRAH PANDAI BUAT KEK COKLAT,
SAPA NAK? MEMINANG LA CEPAT!

SEKIAN SAJA SELOKA KAMI,
PANJANG UMUR JUMPA LAGI,
MAAF ANDAI TERGURIS HATI,
KASI 'GEMPAK' SPM NANTI!

p/s : seloka nie kmi cipta sebelum nx SPM pada taon 2010 rie 2 .. amacam??
what do u think??
........................................................................................................................................................

oke back to the topic!skrg nie kalau nak jumpa blek classmate msa form 5 pon susah da..
sbbnya msing2 da sibuk busy..da xda msa nx buat "jejak kasih" or "rintihan hati"..hahaha...
ada jgk kwan2 classmate msa form 5 dlu tyka boley ary2 jumpa mcm cik farah nabilah n cik izzati
sbbnya depa dua2 org nie msih lgi jd classmate tyka at form 6 nieyh..ekeke..best friends forever!
walaupun skrg nie kta da susa nx blajar dlm klas yg sama , makan sama-sama , bergurau senda sama-sama
, kutuk-mngutuk sama-sama , gelak sama-sama , menjerit sama-sama , pegi lwatan sama-sama , gossip sama-sama n mcm2 lgi la aktiviti yg slalu kte buat sama-sama at skola dlu!
tyka harap kita akan sama-sama berjaya satu ary nanti!
kalau yg mna da g smbung blajar,on the way nx g smbung blajar or yg da keja pon tyka harap kte sama2 cekal,fighting 4 our future,pray hard n never give up!!
sebabnya " x ada sesuatu yg ajaib pun dalam dunia ini selain usaha kita sndiri"..
(pesanan nie utk tyka sama..hehe..kdg2 selain kaunseling org lain,kte kna kaunseling diri sendiri jgk)
then yg pling pnting klu jumpa kwn2 lama jgn la lupa nx tgur n jgn buat2 x knl plak ye..
sekurang-kurangnya bagilah sebuah senyuman : ) sbb senyuman itu kan sedekah!

oke full stop!sorry la entri nie pjg sgt..
tyka nak ucapkan terima kasih , kamsahamnida! , thank you n arigatoo!
sbb sudi bca sampai habis..mnx maaf klu tyka ada mnguris hati mana2 pihak!he..he..
(tyka xda niat pon nx buat cmtu!)..
ha lagi satu,jgn dok buat muka 'kelat' or 'meluat' ye at cnie..x mao..x suke!
he..he..

kalau ada sumur diladang,
boley kita mnumpang mandi,
kalau ada umur yg pnjg,
boley kita berjumpa lagi!

4 my friends : take care always n one more thing,
u must remember that we must grab all the chances ..
fighting!!


Jumaat, 2 Disember 2011

apa yang anda tak tahu tentang seorang ayah!



Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”.Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
#hargai dan sayangilah kedua ibu bapa kita sepenuh hati#

Ahad, 27 November 2011

kelebihan menjadi seorang guru!



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

-
Sajak karya SN Dato’ Dr Usman Awang


Zaid bin Aslam telah melaporkan daripada bapanya dan daripada beberapa sahabat Rasulullah SAW, katanya:
Golongan hamba Allah yang paling dicintai oleh Allah selepas para Nabi dan para Syuhada ialah para guru, dan tiada suatu tempat di dunia ini yang paling dicintai oleh Allah selepas masjid yang di dalamnya dibacakan Al-Quran.

Daripada Ibrahim An-Nakhie, katanya:
Guru yang mengajar kanak-kanak dimohon keampunan oleh para malaikat di langit, haiwan di bumi, burung-burung di udara dan ikan-ikan di laut.

Dan dikatakan bahawa jika seseorang kanak-kanak diajarkan Al-Quran dan belajar membaca Bismillahir Rahmanir Rahim, Allah akan mengampunkan tiga orang iaitu bapanya, ibunya dan gurunya.

Abu Said Al-Khudri telah berkata:
Sesiapa yang mengajarkan Al-Quran kepada anak lelaki atau anak perempuannya, setiap dirham yang diberikan kepada gurunya itu diumpamakan seberat bukit Uhud.

Apabila seorang kanak-kanak keluar dari rumahnya untuk belajar Al-Quran, maka bertambahlah kebaikan dalam rumah ibubapanya itu dan berkuranglah keburukan dalamnya serta syaitan akan lari dari rumahnya.

Hasan Al-Basri telah berkata:
Sesiapa yang mengajarkan anaknya Al-Quran, maka Allah akan memakaikan kepadanya pada hari Kiamat kelak dengan tiga jenis pakaian dari syurga yang lebih baik dari dunia dan segala isinya di mana manusia lain (pada ketika itu) berada dalam keadaan telanjang serta Allah akan menambahkan kedudukannya bagi setiap huruf Al-Quran yang diajarkannya.

Abu Abdul Rahman As-Sulami telah melaporkan daripada Uthman bin Affan RA, katanya: bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata:
Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Berkata Abu Badul Rahman: Dengan sebab hadis ini aku duduk dalam majlis ini bagi mengajar orang lain. Beliau juga menjadi guru kepada Hasan dan Husin (cucu Nabi SAW, semoga mereka dirahmati Allah).

Ad-Dahak telah melaporkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW bahawasanya baginda telah berkata semasa Haji Wida’:
Ya Allah, ampunilah para guru dan panjangkanlah umur mereka dan berkatilah usaha dan kehidupan mereka.

Anas bin Malik telah melaporkan dalam hadis yang lain bahawasanya Nabi SAW telah berkata:
Ya Allah, berilah kekayaan kepada para ulama dan fakirkanlah para guru.

Al-Faqih berkata: Yang dimaksudkan dengan kata baginda “fakirkanlah para guru” ialah janganlah engkau perbanyakkan harta mereka kerana dengan sebab banyaknya harta, mereka akan meninggalkan tugas mengajar mereka.

p/s: one day, i want to be a teacher!
harap ALLAH permudahkan jalan untuk tyka
genggam segulung ijazah dan capai cita-cita..
#impian jadi kenyataan,bukan lagi sebuah khayalan semata-mata#

Jumaat, 25 November 2011

tips redakan perasaan marah..

p/s: budax nie klu marah pon still nmpak cute
tp klu kte yg marah,agak2 cute jgk ke??he3..
renung-renungkanla dan selamat beramal!


§  Baca Ta’awwuz ( “A’uzubillahi minas Syaitanirrajim” yang bermaksud jauhilah kami dari syaitan yang kena rejam ) kerana marah itu datang daripada hasutan syaitan.

§  Ambil wudhu kerana wudhu ni bak ais yang menyejukkan sesuatu yang hot.

§  Berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar diselamatkan kita daripada sifat marah. Berdiam diri tue lebih baik dari bercakap banyak yang kadang2 menampakkan kebodohan diri sendiri.

§  Try imagine satu suasana yang indah dan mendamaikan macam suasana angin sepoi bahasa di tepi pantai atau bunyi air terjun yang menderu indah. Bestkan insyaAllah tenang…

§  Tak pun try imagine betapa buruknya rupa kita ketika sedang marah. Kalau tak percaya sila tengok cermin bila marah agaknye macam mana rupa kita. Confirm hodoh. Hehe..

§  Kalau time kita nak rasa marah sangat2 tue kita berdiri, seeloknye kita duduk, kalau kita duduk pulak, better bersandar la kat mana2 tiang terdekat tue. Ni nak kasi kita cool down sikit.

§  Kita pun tak suka bila orang marah kan kita, dah tue samalah dengan orang lain tak suka jugak kena marah. So, sebaiknya tegurlah dengan cara yang lemah lembut dan kasih sayang.


tgok pic nie..sweetkan klu kte sentiasa senyum??
think about it..

Khamis, 24 November 2011

kebaikan senyum & ketawa!



15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.



5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.


15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.
 KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

mana mak??


p/s: sebuah cerita untuk renungan kita bersama..
baca dan sama-sama kita muhasabahkan diri


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, Along mana?

Mak jawab, Ada di dapur tolong siapkan makan.

Ayah tanya Mak lagi, Angah mana?

Mak jawab, Angah mandi, baru balik main bola.
Ayah tanya Mak, Ateh mana?

Mak jawab, Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?

Ayah tanya lagi, Adik dah balik?
Mak jawab, Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, Mana Mak?

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, Tak tahu.

Ayah tanya Angah, Mana Mak?

Angah menonton tv. Angah jawab, Mana Angah tahu.

Ayah tanya Ateh, Mana Mak?


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"



Ateh menjawab, Entah.


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, Mana Mak?
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.



Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, Mana mak?.

Hanya Adik yang jawab, Mak dah tak ada.
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? " masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa . Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya . Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab