Ahli kongsi gelap

Selasa, 25 September 2012

Ohh My English

| Bismilahirahmanirahim |
Assalamualaikum W.B.T
Result Malaysian Universiti English Test (MUET) sudah memunculkan diri
beliau pada 20 September 2012 yang lalu . Dah 5 hari berlalu
tapiii masih kekal segar - bugar terpahat
 kemass di ingatan . *Ecece , poyo .
Oh yeah , aku kaciwa . Aku kaciwa (kecewa) kerana tidak berjaya
mencapai sasaran Band 3 . Susah habaqq hang .
Soalan MUET paper Julai 2012 serupa macam tahap PHD !
Opss bukannn perasaan hasad denggkii okay .
PHD ! PHD ! faham ?
 Punya la berkobar kobar rasa takk puas hati masa dapat result MUET dekat sekolah .
Balikk rumah , aku pergi check lagiii sekali dekat PORTAL MPM . Tudiaa aihh .
Last sekali resultnya tetap sama . Sama k sama . Kau ada ?
Tak apa lah mungkin kali ni bukan rezeki aku .
Walaupun dapat Band 2 , aku tetap bersyukur .
Alhamdulilah , Syukur Ya ALLAH .
Takk pa nanti kalau panjang umur & ada rezeki ,
 aku cuba lagiii ambil MUET lagiii sekali , Insyallah ^^
* RM 100 kowt . Cekikk darah sungguh ! lalala ..



Sekolah aku 3 orang ja yang lepass dapat BAND 3 .
Majoriti semua Band 1 & Band 2 only .
*Band 10 tak da ka ? Oiii , palinggg geniuss pun sampai Band 6 ja pun .
Nak Band 10 , p carii dekat TV3 la slot kanak-kanak ribena -.-

Nota pipi : Bersabarlah . Kita telah mencuba sehabiiss daya .
Mungkin ada hikmah disebalikk semua ketentuan-NYA .
SUBAHANALLAH .


Kbaii , ketemu lagii ya ibu-ibu & bapak-bapak sekalian .
Arigatooo ^^


Sabtu, 15 September 2012

Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah .

Bismilahirahmanirahim

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah , Bismillah. Sekejap - sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,

"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


Moral of the story : Mulakanlah setiap pekerjaan kita dgn BISMILLAH . Sesungguhnya besar kalimat ini disisi Allah s.w.t :)